Wednesday, 25 June 2014

KESSUMA 2013

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-14 Tahun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan kali ke-14 pada 2 hingga 6 Jun 2013 bertempat di Kuantan, Pahang. Negeri Pahang merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.  Dimana ia akan diadakan di tiga lokasi iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Kampus Kuantan, Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad, Kuantan dan Kompleks SUKPA, Indera Mahkota Kuantan.
Objektif penganjuran pertandingan ini diadakan adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan  masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.
Program ini juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Agama negeri dan Rakyat (SAN dan SAR)  mendapatkan 10 markah merit untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara. Ia bagi memastikan pelajar sekolah agama tidak tertinggal/terpinggir dari arus pendidikan perdana dengan menyediakan  berbagai kemudahan serta peluang pembelajaran yang lebih sistematik dan berdaya saing. Di atas keperluan tersebut, JAKIM akan menjadikan KESSUMA sebagai program tahunan yang mesti dilaksanakan dengan mengemaskini dan menambahbaik program sedia ada dari semasa ke semasa.
 Majlis perasmian telah diadakan penuh gilang gemilang pada 2 Jun 2013 (Ahad) jam 3.00 petang di Kompleks SUKPA, Indera Mahkota, Kuantan. Y.Bhg Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan, JAKIM telah mewakili YB Menteri di Jabatan perdana Menteri merasmikan majlis tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Y.Bhg. Dato’ Muhammad Roslan bin Haron, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Y.Bhg.Tuan Haji Awang Khalid bin Mat Ali, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM, Puan Hajjah Ramlah bt Yong, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Pengarah-Pengarah JAKIM dan Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Sebanyak 13 kontinjen dari 13 negeri telah diperkenalkan semasa majlis perasmian dengan mengibarkan bendera setiap negeri dan maskot kejohanan setiap negeri. Seramai 2,500 atlit telah terlibat dan bertanding dalam setiap acara yang dipertandingakan.
Sebanyak 11 acara akan dipertandingkan sepanjang kesukanan berlangsung iaitu bola sepak, sepak takraw, ping pong kategori lelaki dan perempuan, badminton lelaki dan perempuan, bola tampar kategori lelaki dan perempuan, bola jaring dan lain-lain lagi.
 Manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Exco Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas Pahang mewakili Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Hj. Adnan bin Hj. Yaakob pada 5 Jun 2013 (Rabu) jam 8.00 malam bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Kesemua peserta yang menyertai kejohanan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah agama negeri dan rakyat (SAN dan SAR) yang mewakili semua negeri seluruh Malaysia. YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyumbangkan Piala Pusingan johan keseluruhan kejohanan tersebut iaitu ”Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri”.

Ihtifal Ilmi Sanawi 2011


Tarikh : 31-2 Mac 2011
Tempat : SMA (A) Sultan Zainal Abidin

Antara acara yang dipertandingkan :
Acara Perbahasan

Acara Tilawah Al-Quran

Acara Nasyid



Video untuk paparan ketika acara nasyid dipertandingkan :
 Kategori nasyid ini adalah Kategori Lelaki Menengah Atas ..

Sambutan Majlis Maulidur Rasul

Tarikh : 24 Januari 2013
Tempat : Dataran Shahbandar Kuala Terengganu-Stadium Negeri Kuala Terengganu

Majlis sambutan Maulidur Rasul ini adalah peringkat daerah . Sambutan ini disertai oleh sekolah-sekolah di Terengganu, Universiti-universiti dan Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.
    

    

    

    

Kejohanan MASSMAT 2012

Tarikh : 12-14 April 2012
Tempat : UiTM Dungun

Kejohanan sukan MASSMAT (peringkat akhir) kali-42 tahun 2012 telah berlangsung pada tarikh ini .
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Za'abar bin Dato; Haji Mohd Adib , Exco Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri .

SMA Khairiah telah mendapat johoan keseluruahan bagi acara MASSMAT pada tahun ini . Sekalung tahniah buat atlet SMAKH yang terlibat dalam sukan MASSMAT Akhir 2012 .


    
      
      
      
      

Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

TEMA HARI GURU :
GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI

OBJEKTIF SAMBUTAN HARI GURU :

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 

  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambillangkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
 
JADUAL PERAYAAN HARI GURU :
JADUAL PERAYAAN HARI GURU
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2014
TARIKHAKTIVITITEMPATMASA
8 Mei 2014Bicara TokohHotel Permai, K.Trg2.00 ptg
8 Mei 2014Majlis Solat Hajat, Tahlil dan Solat Hajat Hari GuruMasjid Nur Zahirah,Marang6.00 ptg
9 Mei 2014Festival Hari Guru - Pertandingan FutsalGelanggang Futsal Sport Planet ,Gong Badak9.00 pg
12 Mei 2014Program Derma Darah dan Ceramah KesihatanLobi dan Bistro Anjung Ilmu, JPNT9.00 pg
14 - 16 Mei 2014Perayaan Hari Guru Peringkat KebangsaanPWTC, Kuala Lumpur 
16 Mei 2014Khutbah Jumaat Sempena Hari GuruSemua masjid negeri Terengganu1.15 ptg
17 Mei 2014Program Memasyarakatkan guru dan pelajar/ Dialog PPPM 2013-2025Setiap daerah 
18 Mei 2014Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Negeri TerengganuSemua sekolah negeri Terengganu8.00 pg
19 - 20 Mei 2014Program Ziarah Mahabbah Warga PendidikRumah / Hospital berkaitan 
20 Mei 2014Festival Hari Guru - Pertandingan Bowling 9.00 pg
20 - 21 Mei 2014Raptai Perayaan Hari Guru Peringkat NegeriDewan Sultan Mizan,UMT9.00 pg
22 Mei 2014Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri TerengganuDewan Sultan Mizan,UMT9.00 pg
25 Mei 2014Kebajikan & Khidmat MasyarakatSetiap daerah9.00 pg